Rabu, 27 Februari 2013

Bila PM dtg Poli Port Dickson

Assalammualaikum,,
tetibe nk cite pasal PM dtg poli arituh,,walaupun da berhari2 yg lepas,,
xcited kot aku bile tgk poli meriah giler,,
ngn khemah byk2,,khemah besar,,wah,,"jakun'' kjup..
mula2 dlm ati mesty dpt tgk tang jauh jew,,mcm kat PICC dlu,,
tapi kini tidak lagi,,(mcm penah dga kn ayt nie)hahah
btw,,ahad lepas,,aku la yg pling3 bertuah sbb dpt dok tepi red carpet,,,
wah,,bahagia ko,,hahaha,,
ramai2 berdiri ats karpet,,hulur tngn nk salam,,
hbis sume artis aku salam (apek,fiza,linda,diana,syed aiman,Professor Madya(yg pengarah filem tuh),intan ladiyana,,rita rudaini,wartawan melodi (azuan n nik),,hehehe,,
n x terlupa jgk aku dpt salam pemimpin kite,,
 Y.A.B Dato Sri Mohd Najib Tun Razak n Yab Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan
walaupun muka masing2 kepenatan sbb rush dari seremban ke PD n terus bgerak ke s.alam,,,(da mcm PA dy pulok kn) Puih,,btw,,sngt2 happening giler,,,


maaf la ye,,,aku kemalasan nk rotate,,;)







meriah kn...;)))
maaf la,,gamba x byk sbb xde masa nk pgng nset,,bile tgk kesesakan jalan raya,,kat jalan yg x pernah sesak,,uolls tau la kn bpe rmi nyer org..bas berpuluh2,,:))

Tips Jaga Kesihatan dalam cuaca PANTAI(panas + kering)

Assalammualaikum,,
tips kali nie abby buat mmg khas utk sape2 yg dduk kat area pantai..
sume tau kn,,cuaca pantai cmne,,
panas + kering,,n klu mcm abby nie,,time2 tghari,,wktu klas mmg ase xselesa sngt,,
dgn muka n bdn2 lekit,,panas lagi,,xtau nk xplain cmne,,tp mmg ase cam nk mengamuk je la,,
klu time2 cmni,,jgn la kacau abby,,mmg xde mud sngt,,
n bile kat sini jgk,,abby sllu lemah je,,bwh mata pun lebam,,mcm x ckup tdo,,
padahal terlebih2 tido lagi,,huhu,,n bile kat sni mmg kerap sakit kpala,,
n utk pnjagaan muka x pyh ckp la,,mmg kali ni,,time blja mmg abby x leyh nk jge muka betol2 la,,
klu slh pki produk,,mmg muka cam kawah kat bulan la..huhu
ok,,skrg nie abby ade masa utk letak tips2 jaga kesihatan je,,lain kali abby update pasal tips2 lain pulak k..:)
1.bile anda dduk di sekitar pantai,,pastikan anda membawa air masak yg mencukupi,,mcm abby,,dlm masa bpe jam je abis 1 botol air masak yg abby bwk gune botol sarah,,;))
2.Pastikan baju yang anda3 pakai nieh menyerap peluh,,klu cuaca tuh panas semacam,,yg boleyh buat anda berpeluh,,jgn pki bju yang ketat2 n bju yg x serap peluh o tudung hitam/selendang yg berbelit2,,sbb bnde2 nie boleyh buat anda rimas n ase nk bakar je tudung tuh,,
3. jgn lupe bwk tisu basah/tisu dalam beg,,sbb nyer,,anda3 boleyh lap peloh n boleyh hilangkan lekit2 kat muka n tgn tuh...
4. selalu larh minum air 100plus o air2 isotonik yg boleyh menggantikan garam n mineral yg berada dalam badan..
5. pastikan kat tgn o beg ade kertas/kipas/payung o ape2 yg boleyh dibuat kipas..senangkn,,n klu cuaca panas sngt,,dduk dlu bwh bumbung,,bkn ape,,takot pitam nnt,,dh menyusahkan org nk angkt kowg pulak,,
6. x semua lotion sesuai dgn cuaca cmne,,so pilih lotion yg betol2 sesuai supaya kulit anda masih boleyh dijaga..:)
p/s:ingt,,xmo mndy pantai wktu tghari,,;))




Selasa, 26 Februari 2013

seandainya engkau mengerti

Assalammualaikum,,

diri ini terlalu lemah disaat berdiri keseorangan,,
diri ini tak terdaya bile memikirkan masa hadapan..
terlalu perit perjalanan yng perlu ditempuhi,,
sukar bagi nya untuk memahami diri ini,
semakin aku cube,,semakin terasa jauh,,
diri ini cuba untuk berjuang,,
tapi ape makna nyer berjuang tanpa bantuan,,
siksa,,sedeyh,,,perit,,
tapi tiada yang menghulurkan tangan,,
segala kekurangan dijadikan penyebab,,
seandainya diri ini memahami perasaan mu,,
pasti diri ini akan memenuhi segala keinginan mu,,
tetapi,,seandainya diri ini tersungkur,,
ku ingin tanganmu menyambut diri ini untuk kembali berdiri,,
mungkin terlalu payah untuk mu bagi memahami diriku,,
oleh itu,,aku menadah tangan kepada yang maha Kuasa,,
sekiranya diri ini x terdaya untuk mengharungi kehidupan ni,,
sekiranya diri ini dikembalikan kepada yang maha Pencipta,,
kuberharap agar dirimu lebih bahagia bersama pengantiku,,
hanya satu yang ingin aku katakan,,
aku bahagia bersama mu,,
telah ku ampunkan segala dosa2 dan kesalahan mu terhadap diri ini,,
dan jangan lah kamu mengigati segala kenangan sewaktu bersama diri ini,,
semoga dirimu mengigati janji kita,,
untuk bertemu di syurga nanti,,,
InsyaAllah..


Jumaat, 22 Februari 2013

Tips-tips Kusyuk dalam Solat

Assalammualaikum,,
pagi2 nie abby nk kongsikan sikit tentang tips2 utk kusyuk dalam solat..
sngt la gembira dan untungnya seeseorang itu bile berjaya solat dengan kusyuk..:)


“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”  

(Surah al-Mukminun, ayat 1-2)
SEBELUM MENDIRIKAN SOLAT
1. Menjaga makan,minum dan pemakaian.
Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah ya dikatakan hati.”  (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2. Membersihkan diri dan bersugi.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak solat.”(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3. Wudhuk yang sempurna.
Diriwayatkan daripada Abu Rauh al-Kula‘ie daripada seorang laki-laki bahawa beliau pernah mendirikan solat Subuh bersama Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam dan Baginda membaca surah ar-Ruum. Pada salah satu ayatnya, bacaan Baginda terganggu. Lalu apabila selesai solat Baginda bersabda: “Sesungguhnya bacaan kami terganggu disebabkan terdapat beberapa orang di antara kamu yang solat bersama kami tidak menyempurnakan wudhuk mereka. Oleh itu, siapa yang mendirikan solat bersama kami, maka sempurnakanlah wudhuknya.”  (Hadits riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)
Di samping itu sebahagian kelebihan wudhuk itu dapat menjauhkan seseorang daripada gangguan syaitan. Saidina ‘Umar RadhiAllahu ‘anhu berkata: “Sesungguhnya wudhuk yang baik itu mengusir syaitan daripada engkau.”
4. Memakai pakaian dengan bersih dan kemas.
jangan memakai pakaian yang boleyh menganggu perhatian jemaah lain. contohnya,bergambar,mempunyai tulisan atau yang mempunyai warna yang boleyh menarik perhatian jemaah yang lain.
5. Jangan bersolat dalam keadaan lapar atau menahan untuk membuang air besar atau kecil.
Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.” (Hadis riwayat Muslim)

KETIKA HENDAK MENUNAIKAN SOLAT.

1. Azan dan Iqamat
kumandangkan azan dan iqamat dahulu sebelum solat solat,sekurang2nya iqamat sahaja.
2. Lakukan solat secara berjemaah.
 pahala solat berjemaah itu melebihi solat seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat, ada ulama mengatakan, pada kebiasaannya orang yang solat berjemaah itu akan memperolehi kekhusyukan ketika bersolat dan terselamat daripada perkara yang lagha dan boleh melalaikannya.
3. Menghadirkan hati.
Abu Darda’ RadhiAllahu ‘anhu berkata: “Antara tanda kefahaman seseorang ialah dia memulai memenuhi keperluannya terlebih dahulu sebelum dia masuk menunaikan solat supaya dia masuk ke dalam solat dalam keadaan hatinya kosong dari perkara yang lain.
4. Mengigati mati.
Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat ingatkan diri bahawa kematian seolah-olah amat hampir dengan kita dan solat tersebut kemungkinan merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup kita dan perlulah dijadikan yang terbaik.
Diriwayatkan daripada Hatim al-Asham RadhiAllahu ‘anhu bahawa ditanyakan kepadanya tentang solatnya, beliau beliau menjawab: “Apabila tiba waktu solat aku menyempurnakan wudhuk dan aku mendatangi tempat di mana di situ aku hendak mendirikan solat. Lalu aku duduk pada tempat itu sehingga berkumpullah seluruh anggota tubuhku. Kemudian aku berdiri menunaikan solatku dan aku jadikan Ka‘bah di antara dua keningku, titian ash-shirath di bawah tapak kakiku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, aku menyangka solat ini adalah solatku yang terakhir. Kemudian aku berdiri di antara mengharap dan takut, aku bertakbir dengan penuh keyakinan, aku membaca dengan bacaan yang betul, aku ruku‘ dengan merendahkan diri, aku sujud dengan khusyu‘, aku duduk atas punggung kiri dan aku bentangkan belakang tapak kaki kiri, aku tegakkan tapak kaki kanan atas ibu jari kaki dan aku ikutkan keikhlasan hati. Kemudian aku tidak tahu sama ada solatku diterima atau tidak?”
5. Membaca Zikir
Sebelum mengangkat takbir elok membaca mana-mana zikir yang boleh menjauhkan diri daripada syaitan.
Umpamanya seperti membaca:
a.)  Surah an-Nas
b.)  Ta‘awudz
c.)  Tahlil:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ

“Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.”
d.)  Zikir:

امنا با الله و برسوله

 “Kami beriman dengan Allah dan rasul-rasulNya.”
6. Berusaha melawan Gangguan syaitan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya salah seorang daripada kamu apabila berdiri menunaikan solat syaitan akan mendatanginya, lalu syaitan menimbulkan kesamaran ke atas orang itu sehingga dia tidak tahu berapa rakaat sudah ditunaikannya.”  (Hadits riwayat Muslim)

KETIKA MENUNAIKAN SOLAT.

1. Meneliti dan memahami bacaan solat.
Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami dan mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan, terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
2. Merendahkan diri.
Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud.” (Hadis riwayat Muslim)
3. Mengagungkan Allah S.W.T.
Meliputkan hati dengan kebesaran Allah dan kesucianNya ketika bertakbir dan ketika bertasbih pada seluruh gerak-geri dalam solat. Timbulkan Rasa Malu (Haya’) iaituperasaan malu terhadap Allah SWT dan merasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
4. Menghindari dari memikirkan Duniawi.
Meninggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
5.Sentiasa melihat tempat sujud.

Sentiasa melihat tempat sujud sekalipun orang itu buta atau bersolat di dalam gelap kecuali ketika membaca perkataan إلاّ الله dalam tahiyyat. Pada ketika itu pandangan orang yang solat itu dialihkan ke jari telunjuknya.
Jika memejamkan mata boleh mendatangkan khusyuk dalam solat seseorang itu, maka dibolehkan dia berbuat begitu dan hukumnya tidak makruh sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi.
6.Lakukan solat dengan Tuma'ninah
‘Thuma’ninah’ (ketenangan), maksudnya anggota seseorang itu tetap diam atau berhenti seketika ketika melakukan ssesuatu ‘rukun fi‘li’ (perbuatan) di dalam solat seperti rukuk, sujud dan sebagainya, sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya. Sekurang-kurangnya tetap diam seketika dalam tempoh pada kadar bacaan zikir: “سبحان الله” (SubhanAllah).
Maknanya, setiap pergerakan di dalam solat itu tidak dilakukan dengan tergopoh-gapah, cepat-cepat atau dengan kelam-kabut tetapi dilakukan dengan tenang dan relaks.
.
Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam ada mengajar kita tentang perkara ini di dalam sabda Baginda: “Apabila kamu berdiri menunaikan solat maka bertakbirlah. Kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan rukuk. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berdiri betul. Kemudian sujudlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan sujud. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan duduk. Kamu buatlah yang demikian itu dalam semua solat kamu.”  (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

ini adalah sedikit sebanyak ilmu yang dapat abby smpykan kepada anda semua,,sumber-sumber yang abby dapati ialah dari blogger shafiqolbu. Semoga lepas ni kite dapat lebih kusyuk ketika menunaikan solat,InsyaAllah.:)






TIPS DIET YANG SEMPOI

Assalammualaikum,,
tetbe lak nk kua kn entry pasal DIET,,
aku klu diet,,tinggal tulang je la kot,,haha
aku lagi la nk besor kn sikit badan nieh ha,,kn..
tp tips nie saje2 aku kua kn,,yela,,skrg agk aku tgk rmi da yg nk jg badan,,;)
so lps aku meneliti sume tips2 diet,,tips2 kempiskan perut,,aku share sikit k,,

1.sbnr benarnyer,,kite kne mkn pagi tau,,atleast mkn sesuatu yg kenyang sikit,,klu dok umah bujang,,mesty la cam mls je nk masakkn,,tp klu dok ngn fmly,,mesty ade bfast kn,,dalam jadual pemakanan jugak,,sarapan pagi mmg penting utk diambil,,;))
2. mkn byk buah2 an..ye,,buah2an byk giler kan khasiat dy,,so rajn2 la mkn buah..
3. jgn asyik fikirkan yg  kamoo tu gemok,,ok,,dlm fikiran juz fikirkan kamoo nk sehat k..klu asyik fikirkan badan tu gemok,,awok2 akn jd stress,,bile stress secara x lngsung awok akn mkn byk..kn..;)
4. Jgn mudah terpedaya dgn iklan2 yg menawarkan ubat2an utk kurus dgn cepat...semuanya BOHONG!ikot logik la,,mne ade bende yg senang kan,,kecuali la dlm ubt tu ade bende2 kimia yg dy letak utk cpt kurus,,kn...kurus sbb sakit,,,4 wht..=_='
5. Jgn kuat mkn JAJAN/SNACK,,,understood,,,knp bdn aku kurus melidi,,sbb aku x mkn jajan2 nieh ha,,sejak kecik lg aku x suke bau + rasa dy,,x sedap,,n mknan nie boleyh mnyebabkan badan anda akan menjadi BELON..;)))
6. klu awok,,awok dan awok bersenam + bjogging jugak,,tp still x jg mkn,,baek x pyh,,k,,n lepas mkn klu boleyh jgn terus tdo,,tu petua org tua2,:))
7. Air putih/masak/suam,,pastikan bykkn minum air nieh,,sbb bdn memerlukan air yg byk k..

tips2 aku nie maen ape yg aku penah dga org ckp n aku search sikit2,,klu ase mcm x betol jgn ikot ye,,;))

Selasa, 19 Februari 2013

?????????

assalammualaikum,,

fyi,,byk bende yg terjadi kat aku kn,,:)
kadang2 byk bnde2 yg xelok aku tulis kat fb,,luahkan perasaan,,(konon);)
tp aku delete blik bile aku da tenang..:)
kdng2 org yg rapat dgn aku sndri xphm ngn aku,,
tu la hidup aku...buat je ape aku suke.
klu perbuatan aku slh,,aku mntk maaf,,
tp bile aku ase aku da puas,,aku senyum mcm nie :D
tp ade jugak org yg rapat xleyh terima,,
aku rase,,umm,,bnde yg dy x leyh terima la yg akn buat dy igt aku bile aku xde..:)
bile byk dugaan..ati ini makin tabah,,,
walaupun x sekeras batu bata..tapi keras cam botol air plastik sara yg sllu aku bwk g klas..:)
bile lihat org keliling yg ramai dah menghadap Ilahi,,
ati mula menangis,,bagai aku yang seterusnya,,
tapi iman masih lemah,,
pada keluarga juga sahabat2,,
aku susun 10 jari memohon ampun dan maaf,,
sekiranya diri ini tak sempurna..
ingin aku membuat keputusan,,
untuk berhenti mengeluarkan status di FB,,
supaya tiada siapa yg terasa,,
tetapi masih xdapat menahan diri..
dan BLOG dan TWITTER bakal disemakkan dgn sesi luahan perasaan aku..
nantikan lah..;))
bukan merajuk atau mmbawa diri,,
cuma nk kurangkn kontroversi,,cehh,,
hehe,,puih la..
pada anda3,,yg x follow twitter n like fb aku,,
sila bertindak,,cehh,,ok,,
xde paksaan disini,,
k bai...muahhhh3

Ahad, 17 Februari 2013

berakhirnya cuti mid sem...:'(

assalammualaikum,,
seperti selalu,,setiap kali nk balik je,,my mum yg akn siapkan brg2 dapor yg akn aku bwk..
thnks makk,,luv u,,hehe,,ati nie ntah knp mcm mls sngt nk balik pd tuh,,nnt mesty rindu masakan mak,,
kat pd nnt kne bngun awl,,kne kemas rumah,,wktu rehat pun x menentu,urmm,,tp apekan daya,,tu lah pengorbanan yg aku kne buat sebagai seorg pelajar,,n demi membalas jasa mak ayh,,Ya Allah,,permudahkan lah aku untuk menerima ilmu,,dan bantulah aku untuk menjad Seorg yg berguna,,,InsyaAllah,,n ntah knp mggu nie mcm bnyk sngt yg gnggu fikiran aku nie,,hurrmm,,ati x tenang,,mungkin sbb diri aku masih tak rapat lagi dgn Tuhan,,btw,,awok2 sume,,tolong doakan kejayaan sy ye..(^_^)

dialog diantara saya,mak dan ayah..;)

mak  : ape lagi yg x dew kat rumah tu?
aku   : ntah la,,umm,,bawang,,umm..xleyh fikr lagi la,,hehe
ayah : susu nk x??ambik la 1..
aku  :ok..
mak :nk cili blender x??
aku  : ok gak,,senang sikit nk masak nnt..
mak : minyak?
aku  : minyak tggl stgh lagi,,
mak : ambik la kat umah nie stgh ha,,
aku  : xpyhla mak,,nnt beli,,
mak : jgn nk bekira sngt la,,ambik je,,mak kat sini mkn sedap2,,ko kat sana mkn un x teratur..
aku  : baek lah mak..=_='
(sume brg2 dapur,,mak aku yg sediakan,,,thnks mak,,thnks ayh!)

Sabtu, 16 Februari 2013

SILA LIKE!

Assalammualaikum,,
wah,,mcm vangang lak an,,yolarh,,1st time nie wat pages utk blog nie,,bkn ape,,aku mcm ase x best r bile org kne add aku kat fb,,xmenarik la kn,,nk kne approved sume,,so kowg sume like je fb aku yg nie..k..sape yg ase aku cam perasan dikenali tuh,,maap la ye,,aku x suke publisiti murahan n lagi seronok low profile kott,,,;))


ok,,anda telah dipaksa untuk like fb saya!!
xkesah la anda2 sume suke o tidak,,juzz like,,plezzz jge ati sy nieh..k..hehe..(^_^)

My Family..:)

Assalammualaikum,,
Alahai,,indah nyer dunia bile kita dapat luangkan masa bersama2 keluarga..kan3,,
btw,,aku ade sebuah keluarga yg best n happening...setiap tahun kami akn plan utk g bercuti,,
ade budget ke,,xde budget ke,,yg penting kami pergi,,hehe,,n boleyh dikatakan semuan negeri kami da jelajah,,kecuali sabah,serawak,,johor n penang hanya 50% aje,,bile bercuti jauh2 nie,,kami x pown naik flight ke ape,,ayh x suke,,sbb nye flight nie cpt je kn,,xde masa lngsung nk menghayati n melihat keindahan alam,,n btw naek flight o drive sme je kot harga dy,,klu drive,,kne tol/minyak ag,,kn3,,tp klu kowg sume nk rse something,,tido dlm keta sama2,,borak dlm keta sama2,,mkn dlm keta sama2,,try it,,,enjoy giler,,lagi2 bile gadoh,,;)) 














nie la my parents,,,:))
ending nyer:sayangi larh family anda,,dan jgn sesekali meninggalkan fmly utk sesuatu yg x berguna..;))

Jumaat, 15 Februari 2013

MELAKA-Part 2*

Assalammualaikum,,
hye,,lagi 1 kali aku update an,hehe,,kali nie aku nk cite pasal aktiviti kami di melaka,,walaweh,,Alhamdullilah,,harap2 kali nie dapat buat mak rest giler2,,n kami bwk mak g maen boling n snooker,,haha,,th best la,,tp ayh xdew time ni coz dy g jumpe kwn2 lama kat opis dy dlu..hehe,,n nie je la gambar2 yg dapat mengambarkan betapa kami bergembira,,:)

















utk pengetahuan,,i hate snooker,,x best langsung n boring,,huhuhu,,,=_='

melaka..;)

assalammualaikum,,
hye uolls,,agak lme kn aku menyepi,,lalalala,,xde sape un rindu,,kn3,,
btw,,aku n fmly g la makan2 angin 3 ari 2 mlm kat desa balqis,,hehe,,kat melaka,,seberang linggi,,
best giler,,n enjoy sesangat,,walaupun bkn la ktowg dduk betol2 kat
 tgh2 melaka,,tp suasana dy sngt enjoy,,aman,,damai,,n last percutian utk k.ayu sebelum dy bergelar isteri org..lalala..lepas nie bercuti da jadi 7 org k..;)n enjoy our pic..;))

melihat mereka memunggah brg,,hahaha,,penuh 1 keta sebab masing2 nk bawak beg sowg satu,,;))


kami la anak ila + ami,,yg comeyl,,kn3,,hehe


mak n akk sy yg sulong,,;)


tmpt penginapan kami,,ala2 kampung,,yg terbaek..







setakat nie je la gmba2 yg ade,,n byk lagi gamba sbnrnyer,,tp tggu next entry k,,;))bye2,,tc..