dsbbkan beberapa kejadian yg berlaku malam tahun baru aritu,,so aku baru la nk g search pasal gastrik nie,,ayooo,,abby oh abby,,mcm2..pensil-tekan,,saye copy paste awok punye ye,,;))
PUNCA BERLAKU GASTRIK
- Merokok
- Minum minuman beralkohol
- Tabiat pemakanan yang mengundang tekanan
- Gaya hidup yang tertekan mengundang tekanan
- Pengambilan bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs)
- Pengambilan minuman berkafien seperti kola, kopi dan kafein boleh bertindak seperti diuretik yang boleh menyebabkan pembuangan air berlebihan dan mengakibatkan badan kekurangan air dan garam
TANDA-TANDA GASTRIK
- Sakit bahagian atas perut (ulu hati)
- Terasa loya
- Kurang selera makan (tanda kanser)
- Berat badan menurun (tanda kanser)
- Najis kehitaman atau berdarah (dijangkiti ulser perut)
- Sendawa
NASIHAT UNTUK PENGHIDAP GASTRIK
- Makan tidak terlalu gelojoh atau terlalu banyak bagi mengelakkan senak perut dan sebu.
- Elakkan daripada makanan berminyak, berlemak, pedas, berempah dan masam.
- Elakkan tabiat terus tidur selepas makan kerana boleh menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
- Elakkan makan sepanjang malam. Seeloknya tiga hingga empat jam sebelum tidur.
- Minum air secukupnya untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.
- Pengambilan sayur yang mencukupi.
- Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti kuih muih, pencuci mulut dan minuman bergula.
- Kurangkan pengambilan minuman berkafein.
- Seeloknya ambil makanan tambahan seperti oak, susu masam (yogart).
- Elakkan merokok (kalau boleh, jangan merokok).
kesimpulannya,,adekah aku sakit aritu dsbbkan oleh mkn mknan yg pedas o sbb aku mmg ambik ubt alergic??wah..adoyai,,mls fikir,,teruskan hidup mcm biasa,,chill bebeyh,,;))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan