Al kisah dalam kereta,dalam perjalanan balik dari bbq di rumah cik nan,,akak yang sulung tiba2 tanya pasal tali pusat kami adik beradik..masing2 ada..and tak silap tali pusat akak yang sulung or no 2 tu hilang..tiba2 mak cerita sesuatu yang tragik..tali pusat abby kene makan dengan kucing masa mak nak jemur sebelum nak simpan..erkkk..what!!ok..baru tau kenapa abby tak suke kucing dari kecik..selain alergik ini adalah salah satu punca nya..ok..take note too my self..lepasni kalau ada baby,lepas tali pusat putus,terus simpan..erkk..
Ahad, 31 Ogos 2014
Khamis, 28 Ogos 2014
hafiz - MATAHARi
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Mana mungkin kelam
Bintang bintang ku pandu duka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu
Rabu, 27 Ogos 2014
APA YANG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN
..Tazkirah
APA YG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN...?
Sesungguhnya mayat di dlm kubur akan melalui beberapa fasa perubahan..
Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya..
Malam Pertama ~
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bhgn perut & kemaluan..
Subhanallah, perut & kemaluan adalah 2 hal terpenting yg anak cucu Adam saling bergulat & menjaganya di dunia..
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman..
Setelah berbagai solekan & alat2 kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki 1 warna shj..
Malam Kedua ~
Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati & paru2 akan mula membusuk..
Hari Ketiga ~
Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg busuk..
Setelah Seminggu ~
Wajah & mata mula membengkak..
Setelah 10 hari ~
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2 tubuh..
Setelah 2 Minggu ~
Rambut mulai gugur..
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km & ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..
Setelah 6 Bulan ~
Semua anggota telah tiada..
Yg tinggal cuma tulang rangka shj..
Setelah 25 Tahun ~
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji & di dlm biji tersebut, anda akan menemukan 1 tulang yg sgt kecil yg dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor)..
Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat..
Sahabat2 yg dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg selama ini kita jaga..
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kpd ALLAH dgn nya..
Oleh kerana itu, jgn biarkan umur & jasad kita dlm keadaan sia2..
Janji ALLAH adalah benar..
Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai 1 taman dari taman2 syurga & jangan jadikan ianya sebagai 1 lubang dari lubang2 api neraka...
Aamiin... ..
..Aku berdoa..
Ya اَللّهُ :
.. Muliakanlah diriku dan org yang menghantar pesanan ini
.. Lapangkanlah hatiku dan hatinya
.. Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya, dan
.. Luaskanlah rezekiku dan rezekinya seluas engkau ciptakan
.. Mudahkan segala urusanku dan urusannya
.. Kabulkanlah cita-citaku & cita-citanya
.. Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan
.. Jauhkan kami dari segala Musibah
.. Serta terimalah. semua amal ibadah ku dan amal ibadahnya, dan
.. Kelak jadikanlah diriku dan diri dia sebagai penghuni Surga-MU.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
..Nasihat Kubur:
..Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD..
..Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan SILATURAHIM..
..Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN..
..Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH..
..Aku yg menyepitmu hingga hancur bila mana tidak solat bebaskan sempitan itu dengan SOLAT..
..Aku adalah tempat utk merendam dgn cairan yg amat menyakitkan mu, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
..Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"..
Isnin, 18 Ogos 2014
Majlis perkahwinan abang nasrul dan kak zura.
Sabtu lepas abby dapat jemputan ke majlis kahwin abang nasrul dan kak zura yang merupakan abang kepada my bestie fatin nabihah di mambau..abby sampai dalam kol 9 lebih..pagi ok..demi sahabat..and thanks fatin coz sanggup ambik aku kat ktm pagi2 tu dengan hujan lebat lagi..hehe..btw..sila la menjamu gamba2 yang sempat di ambil pada majlis tersebut..
Sabtu, 16 Ogos 2014
Sempurnakah awak?
Assalammualaikum...
Adat kah orang islam bila ada orang lain buat salah dan terus melupakan segala kebaikan nya??bagi saya tak guna ada pangkat imam,,ada pangkat bilal,,ada pangkat haji atau hajah,,ketua kampung atau jkkkk kampung kalau suka membuka aib orang??menjaja cerita kesana sini....berhenti lah..kerana bagi saya orang munafiq seperti ini tak ada beza dengan yahudi,,this is me..im not perfect..Allah masih menutup aib saya..dan saya berharap saya tak dikurniakan mulut puaka yang akan menjadi saksi untuk menghantar saya ke neraka..
Selasa, 12 Ogos 2014
Indahnya bersedekah.
Bulan ni,,bulan yang abby rasa sangat menenangkan hati...balik dari keluar beraya di kuala lumpur,,keesokannya semasa abby nak ambil bedak and lipstick dalam beg kecik dalam handbag,,tetiba terkeluar note RM100..otak dok terus teringat dekat si Dia,,pandai nya dia nak buat suprise ye..Alhamdullilah..sebenar nya abby percaya dengan balasan dari Allah..i means balasan yang baik..sebelum tu abby ada dermakan sedikit pada someone..yang bagi abby memang malu nak bagitau berapa yang abby bagi sebab masa tu cuma ada tu je dalam beg duit,so bagi je la,,then seminggu sebelum raya abby dapat duit raya daripada doktor..kemudian beberapa hari lepas tu,,saya memberi sedikit kepada satu pihak ni..walaupun nilainya lebih dari tadi,,tapi beberapa hari lepas tu,,saya dapat tahu saya termasuk dalam kalangan pekerja yang menerima bonus raya dari goment..Alhamdullilah..rezeki lagi..kemudian,,saya ada keluarkan beberapa nilai yang tak seberapa,,maksudnya apa je yang ada dalam beg duit untuk belanja family,,walaupun tak belanja utk semua bil tersebut,,maksudnya bagi duit yang ada kemudian ditambah oleh paklang,,hehe..kemudian minggu depannya saya mendapat duit raya dimana nilainya lebih besar dari apa yang.diberi..SubhanaAllah..pengalaman ini banyak mengajar abby dalam kehidupan..jika kita bersedekah.dengan hati yang ikhlas,tapi Allah tidak beri balasan dari segi wang ringgit,,jangan kecewa,,mungkin Allah memberi ganjaran berbentuk kesihatan,kegembiraan dan lain2..Wallahualam..
Isnin, 4 Ogos 2014
Pemimpin itu menyusahkan
Makin lama,makin banyak orang menyalahkan pemimpin atas apa yang terjadi dekat negara ni..saya rasa mereka ni tak pernah menjadi seorang pemimpin,,bukan sahaja sebagai wakil pelajar,malah mungkin tak layak menjadi pengawas dan juga ketua kelas..dan mungkin tak pernah rasa menjadi ketua dalam kumpulan presentation yang hanya beberapa orang dalam kumpulan..sebab tu mereka tak tau bagaimana rasanya bila terpaksa menjaga kumpulan-kumpulan manusia yang mempunyai perangai,akal,fikiran dan perasaan yang berbeza..bukan mudah menanggung beban sebagai seorang pemimpin..jika ramai yang memilih,maka itu lah yang terbaik..kalau nak salah kan pemimpin atas semua yang berlaku,,atas semua kesilapan yg seorang manusia lakukan untuk menjaga hati dan perasaan berjuta-juta rakyatnya,,maka anda adalah manusia yang tidak berfikiran..yang tidak berperikemanusiaan..pemimpin itu manusia..pemimpin itu juga makhluk yang dicipta oleh Allah..adalah baik kita saling membantu,saling menegur dengan cara yang sopan..jika pemimpin itu tidak berlaku adil dan melakukan penipuan,,maka sama-sama lah kita berjumpanya diakhirat..malah seorang pemimpin juga perlu bertanggungjawab atas segala dosa-dosa rakyatnya..bayangkan apabila pemimpin perlu bertanggungjawab atas dosa rakyatnya yang tidak menutup aurat,melakukan maksiat dan dosa-dosa lain..saya bukan penyokong mana-mana pihak,,malah saya juga tidak pernah mengikuti mana-mana parti..saya bersuara kerana saya tidak mahu zaman saya adalah zaman terakhir nama islam ada dimuka bumi ini..