Selasa, 30 September 2014

Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A


Assalammualaikum..
harini abby nak join segmen n giveway dari loveneddy n alia-ali..
so nak cuba nasib la,,semoga murah rezeki abby la yer dpt hadia dr mereka..



paku dulang dalam balang,,
hatiku bertambah sayang,,
wahai abang cepatlah masuk meminang,,
sebelum diri berubah tangan..

betul x pantun cenggini,,hahaha..btw,,ikhlas dari hati ni buat pantun..lalala..

Isnin, 29 September 2014

KENAPA IKLAN NUFFNANG TAK KELUAR??

Assalamualaikum..
dah beberapa hari dah abby dok perati je..kenapa iklan nuffnang tak keluar2..
adakah abby punya blog dalam masalah ke apa?
siapa2 boleh tolong tak..kang abby nangis kang!!!;'(



Ahad, 28 September 2014

IBU PUTIH COLLEGEN DRINK

Assalammualaikum..
hari ni abby nak memperkenalkan produk ibu putih collegen drink..
produk yang terlaris dipasaran..


Khasiat Hebat IPCD : IBU PUTIH COLLAGEN DRINK
Untuk Kecantikan :
-50% kecerahan ketara dalam masa 1-2 minggu dengan amalan konsisten
-Tona kulit lebih cerah sekata
-Memulihkan tekstur kulit yang rosak dan bermasalah
-Menghilangkan parut serta bintik hitam
-Memudarkan dan menghilangkan jeragat
-Mengecilkan pori-pori yang terbuka
-Kulit lebih cantik bermaya, segar dan anjal berseri
-Mengecut serta menghilangkan parut jerawat
-Kulit menjadi lebih lembab, halus dan gebu
-Merawat kulit kering dan minyak berlebihan
-Anti penuaan
-Menguatkan akar rambut dan kuku
-Untuk Kesihatan Dalaman :
-Membantu mengurangkan gejala resdung
-Menguatkan sendi-sendi tulang
-Menghilangkan lenguh-lenguh badan dan sakit urat
-Memulihkan rekahan tumit kaki
-Merawat luka selepas pembedahan atau bersalin
-Membantu mendapatkan zuriat dengan mengimbang/menstabilkan hormon
-Tingkatkan pengeluaran susu ibu
-Mengatasi masalah sengugut, keputihan dan haid yang tidak teratur
-Membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
-Mengurangkan kolestrol dan toksin dalam badan
-Menurunkan berat badan bagi mendapatkan kembali berat ideal
-Mengempiskan perut buncit
-Tidur yang berkualiti dan lena
-Kandungan IPCD : IBU PUTIH COLLAGEN DRINK :
MARINE COLLAGEN
GLUTATHIONE
CHOCOLATE POWDER
COCO POWDER

RM 80 SAHAJA!!!
cepat-cepat whatsapp ok
0172291947 (cik farra)

10 Janji Allah Pada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Assalammualaikum..

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Khamis, 25 September 2014

KELEBIHAN 10 HARI AWAL ZULHIJJAH


Assalammualaikum dan salam dzulhijjah..:)

Amalan Yang Dianjurkan Pada 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah
1. Solat
– Disunatkan untuk sentiasa bersegera mengerjakan solat fardhu berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat kerana ini merupakan salah satu ibadah yang paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.Diriwayatkan bahawa Thauban r.anhu berkata:Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
(Hendaklah kalian memperbanyakkan sujud kepada Allah Ta’ala kerana setiap kali kamu bersujud,maka Allah Ta’ala mengangkat kedudukanmu dan menghapuskan kesalahanmu).(Riwayat Muslim).
2. Puasa
– Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abi Sa’id Al-Khudri radhiallahu anhu berkata:
(Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun).(Al-Bukhari no: 2840 dan Muslim no: 1153).
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Abu Daud dan Nasa’i dari hadits Hunaidah Bin Khalid dari isterinya dari sebahagian isteri-isteri Rasulullah s.a.w bersabda:
(Rasulullah s.a.w berpuasa pada sembilan Zulhijjah,Sepuluh Muharram dan tiga hari setiap bulan).
Imam Nawawi berkata: Puasa pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah merupakan sunnah yang sangat dititik beratkan.
3. Takbir,Tahlil dan Tahmid Kepada Allah Ta’ala
– Di dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.anhu,katanya:
(Perbanyakkanlah Tahlil,Takbir dan Tahmid).(Musnad Imam Ahmad: 9/323-324 no: 5446 dan para muhaqqiq hadis ini berkata: Hadis sahih).
Imam Bukhari berkata: Suatu hari,Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.anhuma keluar ke pasar pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah,mereka berdua bertakbir dan orang ramai pun turut serta bertakbir bersama mereka berdua.
Beliau juga berkata: Umar r.anhu telah bertakbir di dalam khemahnya di Mina dan telah didengari oleh mereka yang berada di dalam masjid,lalu mereka bertakbir dan orang-orang yang berda di pasar turut serta bertakbir hinggakan Mina bergema dengan Takbir.
Lafaz Takbir: الله أكبر(Allah Maha Besar)
Lafaz Tahlil:لا إله إلا الل(Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah)
Lafaz Tahmid:الحمد لله(Segala Puji Hanya Bagi Allah)
Contoh lafaz yang dianjurkan: الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
4. Puasa Hari Arafah
– Puasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sangat-sangat dianjurkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji pada hari tersebut sepertimana dalam satu hadits Rasulullah s.a.w bersabda:
(Aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya). (Muslim: 2/819 no: 1162 dan Al-Turmudzi no: 143 no: 749)
Namun begitu,bagi sesiapa yang sedang menunaikan haji pada hari tersebut mereka tidak disunahkan untuk berpuasa kerana Rasulullah wuquf di Arafah tanpa berpuasa.
5. Menunaikan Haji Bagi Yang Mampu
Firman Allah Ta’ala:
وَلِله عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ الله غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
(Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; (Barang siapa mengingkari kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta).( QS. Ali Imron: 97).


Selasa, 23 September 2014

DAN SEBENARNYA - YUNA


Assalammualaikum


Oh bulan
Yang melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Di saat kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku





lagu ni betul-betul mengigatkan abby dengan kenangan lama..:')
past is past rite?

Isnin, 22 September 2014

PTPTN??NAK KE X BYR KLU CAMNI??MENYESAL!

Assalammualaikum..

pagi ni masa tengah-tengah relex sekejap dari buat kerja,,abby terbaca satu statement pasal ptptn..
what!!??siyezly??aby masih terfikir,,and akal jahat mula membiak dalam kepala otak ni..apa kata anda,,anda,,dan anda baca and faham statement ni betul-betul..chill..relex..lepas beberapa seketika anda akan mula berfikiran jahat..dan akal-akal jahat mula membiak subur dalam otak..hehehe




tahniah ptptn..and thanks very much..anda telah banyak membatu anak malaysia..:D

DOA MEMULAKAN DAN MENGAKHIRKAN KERJA


Assalammualaikum..
SELAMAT PAGI olllssss..jom mulakan kerja dengan doa..:D





p/s:peringatan untuk saya juga yang selalu lupa nak baca doa..hehe..
doa diatas copy from ilmuislam..thnks..:)

Ahad, 21 September 2014

CINTA HATI - SHILA HAMZAH



Senangnya dalam hatiku
Lihat kau di sisi
Dari kejauhan mata
Namun dekat di hati

Kau memelukku indah
Membisik namaku
Kau tanyakan ku soalan
Yang buat ku terpaku

Bila kau kata kau cinta
Ku juga cinta mu
Bila kau bilang kau rindu
Ku juga rindu mu
Lama telah ku menyimpan
Hasrat ‘tuk hidup denganmu
Oh sayang, ku cinta mu

Satu dunia tahu aku adalah milikmu
Ku persembahkan cinta yang terbaik
Hanya lah untukmu

Sudah berkali-kali ku terjatuh cinta
Sudah berkali-kali juga ku kecewa
Tapi ternyata segalanya berbeza
Bila aku dengan kamu
Kamu dengan aku oh
Tiada lelaki yang bisa jadi sehebatmu
Muzik dan jenakamu mencuri hatiku
Tak mungkin ku akan berpaling dirimu
Coz baby ‘I Love You’

Selasa, 16 September 2014

Liebster Award - menjawab persoalan dari aryshafayyadh


Assalammualaikum,,
memula sekali abby nk say thanks alot kat aryshafayyadh sbb mencalonkan abby,,
so abby akan menjawab 11 soalan dari beliau..

1. Apakah nama penuh anda dalam K/P @ I.C?
- FARAH NABILA BT ASAMIAUN


2. Siapakah idola anda & kenapa DIA??he3

-MAK saya..sebab mak saya seorang yang penyabar,,tabah,,cekal,,bertanggungjawab,,i luv u mom..hehe


3. Pekerjaan idaman anda?

-Cikgu o Arkitek,,


4. Bilangan & jantina anak yang anda inginkan & kenapa??

-4 orrang..inSyaAllah..knp??sebab suke ler..haha..2 gurl,,2 boy,,sweet kn cenggitu,,haha


5. Apakah impian anda yang belum tercapai untuk tahun ini?

-Bercuti  =)))


6. Apakah tempat yang paling anda teringin pergi atau lawati?

- venice..best giler dduk atas air kn..hurmm


8. Makanan apakah yang anda teringin cuba makan tetapi masih belum berkesempatan nak makan?

-makanan korea..


9. Siapakah orang yang ingin sekali awak minta maaf buat masa ini?

-MAK AYAH saya..sbb saya dok menyusahkan dorang je..huhu


10. Apakah perkara yang paling awak tak puas hati dalam tahun ini?

-tak dapat drive walaupun da ada lesen!!penat tau ambik lesen,,last2 ade orang drrive kn jgk..huhu


11. Adakah awak gembira dengan kehidupan sekarang? ada apa2 yang ingin diubah??


-Alhamdulilah..puas atiiii sangat..kalau ada masalah sikit2 tu biase larh,,hehe..buat masa ni xde bende lagi nak diubah..:D

Rabu, 10 September 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

assalammualaikum..

hari ni abby nk join segmen dr en en.benashaari

BEN ASHAARI

abby memula stat berblog nie masa belajar dekat politeknik port dickson,,dalam 2 tahun yang lepas..saya berasal dari salak tinggi,sepang.mula-mula berblog ni sebab nak menghilangkan kebosanan kat dalam asrama ini..lepas tu makin lama makin seronok pula..blog ni xde la khas untuk sesuatu topik je..so saya bebas nak tulis apa yang saya suke selagi ianya tak menyinggung perasaan sapa2..In Sya Allah ler..and sekarang IMPIAN abby lepas berblog ni,,abby harap dapat melancong..sbb abby suka sangaattttt MELANCONG,,huhu..okey korg sume,,jom ler join segmen ni reramai..bia bertambah sikit kenalan tuh..;))

SAYA BANGKANG WANITA MENJADI PEMIMPIN!


Assalammualaikum,,
sekarang heboh pasal perlantikan menteri besar selangor,,
so sebelum sesuatu yang tak diingini berlaku,,sila baca hidith yg saya copy dari blogger shadowmie..
dan ada juga sy refer dr bbrp blog ustaz2..dan pengisian mereka masih sama..
so mari sama2 kita fahami dan fikir kannya..:)


"Tidaklah aku pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya sehingga dapat menggoyangkan laki-laki yang teguh selain salah satu di antara kalian wahai wanita." (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

"Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita". (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

"Tidak akan berjaya suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai pemimpin)." (Hadith Riwayat Al-Bukhari , At-Tirmizi dan An-Nasaie)



dan saya sertakan ciri-ciri seorang pemimpin mengikut islam yang saya ambil dari blog gempak..


Islam telah meletakkan syarat-syarat kepimpinan untuk menjamin Kejayaan sesebuah negara dan kerajaan sekaligus mempermodelkan Islam dalam kepimpinan dan pemerintahan, antaranya ialah,


Pertama: Muslim (Islam), ‘akil baligh dan lelaki

Firman Allah SWT:


يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَـرَى أَوْلِيَآءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الظَّـلِمِينَ - فَتَرَى الَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يُسَـرِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَن تُصِيبَنَا دَآئِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأْتِىَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ فَيُصْبِحُواْ عَلَى مَآ أَسَرُّواْ فِى أَنفُسِهِمْ نَـدِمِينَ


Yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka”. (Surah al-maaidah ayat 51 dan 52)

Ayat di atas menjelaskan kerjasama dalam gerakan islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis ketaatan (wala’) kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam. 


Kedua: Adil 

Seorang pemimpin mestilah tidak fasik seperti tidak meninggalkan solat, beramal dengan segala amalan yang di ketahui selagi mana amalan tersebut tidak menyalahi kata-kata dan perbuatan serta tidak menyalahi landasan islam.

Firman Allah swt,



إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإْحْسَانِ وَإِيتَآءِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْى يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ


Bermaksud, “sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, member kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberimu pengajaran agar kamu dapat mengambil pelajaran”.( Surah an-Nahl ayat 90.)


Ketiga: Berilmu


Seorang pemimpin mestilah mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma’aruf dan yang mungkar serta mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan pimpinan. 

Al- Imam Al Ghazali berkata : "sesungguhnya Islam yg diperjuangkan atas landasan kejahilan akan lebih memudharatkan berbanding serangan musuh Islam. Malangnya kebanyakan pendukung Islam adalah dari kalangan orang-orang jahil.”


Keempat: Mempunyai kuasa dan kemampuan

Bermaksud boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan atau masalah yang berlaku samada melalui tenaga, perkataan,tulisan atau fikiran dalam segala aspek.

Kelima: Beradab mengikut akhlak islam

Seseorang pemimpin mestilah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah pimpinanya. Selain itu, di dalam dirinya mestilah mengandungi sifat ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria dan sebagainya malah seorang pimpinan haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan jauh dari sifat-sifat yang terkeji.

Firman Allah swt :



لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآَخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا


Bermaksud, “Sesungguhnya telah adaa pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik begaimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Surah Al-Ahzab: Ayat 21)


Keenam: Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan


Firman Allah swt.



لَّيْسَ عَلَى الضُّعَفَآءِ وَلاَ عَلَى الْمَرْضَى وَلاَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ مَا يُنفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُواْ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ

Maksudnya, "tiada dosa(lantaran tidak pergi berjihad)atas orang2 yang lemah, sakit dan orang2 yang tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasulnya" (surah al-Maidah ayat 91.)



Selasa, 9 September 2014

ikhlas lah dalam pekerjaan :)

Assalammualaikum..
ikhlas lah dalam setiap pekerjaan..
carilah pekerjaan yang halal..
yang mana ianya mendatangkan rezeki yang halal..
tiada pekerjaan yang tidak memerlukan tenaga,,
tiada pekerjaan yang tidak memenat kan..
kerana terdapat dalam surah bahawa bekerja itu adalah satu ibadah..
abby juga pernah penat..
pernah juga hampir putus asa..
dalam pekerjaan,,pelbagai ragam dan kerenah yang kita akan jumpa..
kadang2 ianya amat menyakitkan hati,,kadang2 kesabaran itu hilang..
tapi kerana ini adalah punca rezeki,,
ianya perlu juga dihadapi..

Surah at-Taubah ayat 105 bermaksud;

“Katakanlah wahai Muhammad: Beramallah kamu (akan segala yang di perintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

Surah al-Jumuah ayat 10 bermaksud;

“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).




p/S:peringatan untuk diri sendiri...belajar untuk sabar..dan banyak2 senyum..bak kata patient..hehehe




SEGMEN : BLOGLIST SEPT-OKT

Assalammualaikum..
arini abby nk join segmen dari notashalimar..
so jom join reramai..:D 



Ahad, 7 September 2014

LIRIK LAGU JIKA KU TAK BANGUN ESOK PAGI BY YUSRY KRU



Jika kutak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amat kucintai

Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada Tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian


Bila terasa sejuk pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang lepaskanlah ku pergi
Kerna sayang seistimewamu
Berhak tuk dicinta dalam hidup

Sayang… tiada apa yg kekal dlm dunia ini
Namun yang pasti walupun ku tiada nanti
Cintaku .. akan kekal abadi


Kuberharap kau tak akan lupa
Mengirimkan bekalan doa
Kita jumpa lagi disana nanti
Jika kutak bangun…..esok pagi
Jika kutak bangun esok pagi



Selasa, 2 September 2014

nak iklankan produk disini??nak mencari dropship??

Assalammualaikum..

Alhamdullilah,,makin hari makin bertambah readers chentaabby nieh..
so saya decide nak open blogger ini untuk buat promosi,,iklankan produk,,sebagai dropship..
siapa2 yang berkenan,,sila whatsapp di nombor 0172291947 /komen dibawah entri ini..terima kasih..:)