Isnin, 13 Januari 2014

MAK DAN AYAH..CUMA KAMU..

Assalammualaikum.
wahai mak dan ayah...
dahulu anak mu ini sering menyusahkan hati mu..
terlalu sukar utk menjaga ku ketika bayi hingga kini..
kerana aku adalah anak perempuan mu yang bongsu dan paling lemah..
wahai mak ayah...
kalian sungguh tabah menjaga anak-anak mu..
sehingga 2 dari nya sudah mendirikan rumah tangga..
kini masih ada lagi 2 untuk di fikirkan..
wahai mak dan ayah..
setiap masa dan saat,,
tidak pernah kami lupa mengenaimu...
kenangan pahit manis,,
gembira duka,,
kita harungi bersama..
wahai mak dan ayah,,
anak mu ini berjanji pada diri sendiri,,
andai umurku  panjang,,
tidak sesekali anakmu ini akan lepaskan tanggungjawab ku sebagai seorang anak..
meskipun setelah anakmu ini berumah tangga..
kerana pengorbanan mu lebih besar dari pengorbanan "bakal suami ku"..
kerana adanya kamu,,
wujudlah aku didunia ini,
dengan kudrat mu,,
maka membesar lah kami dengan sihat dan berilmu..
terima kasih mak dan ayah,,
tidak ku tahu bagaimana mahu membalas segala pengorbanan mu..
akan ku pastikan hidupmu sentiasa bahagia,,
setelah kami dewasa dan berjaya..
INSYAALLAH..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan